Ulangkaji bersama saya II

 Latihan : Berdasarkan kosa kata yang berikut, cari sinonim dan antonim kosa kata yang   berkenaan.

1. sesak

2. malap

3. lurus

4. kukuh

5. perkasa

6. lalai

7. lanca
r

8. kecoh

9. genap

10. belas

11. cuai

12. derita

14. tumpuan

15. hampir


Latihan :Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Mesin tebu itu telah dibaiki oleh Pak Abu.

2. Encik Tarmizi telah dilantik oleh ahli persatuan sebagai bendahari.

3. Lesen memandu hendaklah engkau perbaharui segera.

4. Pokok rambutan jantan itu saya tebang kelmarin.

5. Rumah peserta PPRT kami bina secara bergotong-royong..

6. Sebentuk cincin berlian dibeli oleh Ramli untuk Jamilah.

7. Perintah itu dititahkan oleh sultan kepada Laksamana Khoja Hassan.

8. Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.

9. Bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera kami hulurkan.

10. Elesa dihadiahi Kamil sebuah kamera digital yang mahal.


Pilih jawapan yang betul bagi sinonim yang cendung.
1) Khalid sedang menanti ketibaan rakan karibnya di Bandar Seri Begawan.

a) menyambut
b) menunggu
c) menjemput
d) mempelawa


2) Batrisyia memamah makanan itu sebelum menelannya.

a) menyiat
b) menggigit
c) mengunyah
d) mengulum

3) Sepakan kencang pemain bola sepak itu telah menembusi pintu gol pasukan lawan.

a) Hentaman
b) Hayunan
c) Tendangan
d) Lerekan

4) Bakul yang diangkat oleh Najwa penuh dengan sayur dan ikan.

a) dibawa
b) dipunggah
c) diapit
d) dibebat

5) Zakaria menerangkan perkara yang dilihatnya kepada kami dengan bersungguh-sungguh.

a) menjelaskan
b) menyatakan
c) mengemukakan
d) menterjemahkan

6) Kita hendaklah menghindari perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan kehendak agama.

a) memisahi
b) mengelaki
c) mengawasi
d) menjauhi

7) Kabus tebal pada pagi itu menyelubungi puncak gunung yang kami daki.

a) menyeliputi
b) mengaburi
c) melindungi
d) melingkari

8) Sungguhpun Pakcik Ahmad mewah, kehidupan keluarganya tidak bahagia.

a) maupun
b) meskipun
c) pastinya
d) setentunya

9) Rumah setinggan itu dirobohkan oleh pihak berkuasa semalam.

a) dijatuhkan
b) digugurkan
c) diruntuhkan
d) dirosakkan

10) Encik Shamsul sering dipuji oleh ketuanya kerana mempunyai rekod kedatangan yang baik.

a) sempurna
b) bagus
c) lengkap
d) cukup