Peribahasa | Maksudnya |
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama | Orang yang baik akan meninggalkan nama yang baik, manakala orang yang jahat akan meninggalkan nama yang buruk pula. |
Gigi dan lidah adakalanya tergigit juga | Perselisihan faham juga timbul antara suami isteri dan sanak saudara juga. |
Harapkan pagar, pagar makan padi | Orang yang kita harap boleh menolong kita itulah yang membinasakan kita. |
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga | Budi yang baik akan tetap dikenang walaupun orangnya sudah mati. |
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah | Susah senang dikongsi/dirasai bersama. |
Harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan | Harapkan keuntungan besar yang belum tentu diperoleh, keuntungan kecil yang sedia ada dilepaskan |
Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati | Hutang budi tidak boleh dibayar seumur hidup. |
Hajat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai | Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada keupayaan untuk mencapainya. |
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap | Cakap sahaja besar tetapi bukti satu pun tiada. |
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis | Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu hal/pekerjaan agar kelak tidak mendapat kesusahan/kerugian. |
Jauh bau bunga, dekat bau tahi | Biasanya kita selalu teringat akan sanak saudara, tetapi bila dekat selalu bertengkar. |
Jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya | Janji mesti ditepati. |
Jerat tak lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat | Orang yang selalu menipu terlali dengan amalannya tetapi orang yang kena tipu akan sentiasa berjaga-jaga. |
Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin menegak | Semakin berilmu atau kaya semakin sombong orang itu. |
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor | Orang yang berketurunan baik, ke mana perginya akan baik juga. |
Jikalau hendak beranak, ikutlah cakap bidan | Turutlah nasihat orang yang lebih mahir. |
Kalah jadi abu, menang jadi arang | Kalah atau menang dalam suatu petengkaran tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. |
Kalau pandai makan, pandailah simpan | Pandai-pandailah menyimpan rahsia. |
Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang | Sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. |
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa | Kebolehan atau kepandaian itu tidak semestinya terlatak pada usia atau saiz. |
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan | Menunjukkan perasaan gembira apabila menerima pertolongan. |
Kerbau sekandang boleh dijaga, manusia seorang tidak dapat dimaklumi | Manusia sukar dihadapi kerana setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian yang berbeza. |
Kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi | Seseorang yang bercakap besar tetapi keluarganya hidup dalam kemelaratan. |
Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan | Kerja yang ditangguh tidak akan berhasil langsung, manakala sesuatu kerja yang dibuat secara sedikit demi sedikit akan siap juga. |
Ke tengah boleh, ke tepi boleh | Dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan. |
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak | Kesalahan orang lain walaupun kecil nampak tetapi kasalahan diri sendiri yang lebih besar tidak disedari. |
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang | Orang yang miskin harus bekerja keras setiap masa. |
Lembu punya susu, sapi dapat nama | Orang lain yang berusaha orang lain yang mendapat nama. |
Lain di mulut, lain di hati | Apa yang dikatakan tidak sama dengan apa yang terdapat di hati. |
Lain lubuk, lain ikannya | Adat resam di sebuah negara tidak sama dengan adat resam negara lain. |
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tidak dapat dicapai | Berhajat kepada pangkat yang tinggi tetapi pangkat yang rendah pun tiada. |
Laut yang mana tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan | Semua pekerjaan pasti ada kesulitan dan bahayanya. |
Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya | Seseorang yang mendapat kemalangan kemudian terlepas daripada sesuatu kemalangan kemudian datang kemalangan yang lain pula. |
Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya | Tiap-tiap orang mempunyai keinginan yang berbeza. |
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri | Orang yang tak mahu mendengar nasihat. |
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak | Ke mana-mana kita pergi hendaklah menyesuaikan diri dengan adat resam di tempat itu. |
Peribahasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment